Sabtu, 17 April 2010

MATLAMAT FISABILILLAH 30

Entry kali ini saya ingin mengupas serba sedikit perjuangan sebenar fisabilillah iaitu bersedia untuk kebangkitan Islam dari timur. Saya sungguh sedih dan kecewa melihat ramai adik beradik kita yang sungguh... jahil! dalam perjuangan ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika artikel ini mengganggu emosi pihak tertentu. Saya tak peduli!

Sila jawab soalan ini....
Siapa kamu?? Apa matlamat kamu?? Apa yang kamu perjuangkan?? Siapa musuh kamu??

Ramai yang buta!! tak kurang juga ramai yang sudah pandai. Untuk yang dah pandai, saya ucapkan tahniah kerana anda sudah ada pegangan yang teguh dalam perjuangan ini. Bagi yang belum, marilah belajar, marilah mengaji bersama supaya kita ni sama-sama pandai!

Hari paling bersejarah bagi kamu (soldier of Allah) ialah pada hari baiah kamu:

” Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia (baiah) kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Fath:10)

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang baiah fisabilillah.

Itulah yang membezakan kamu dengan pejuang-pejuang yang lain. Kemudian jadilah kamu sebagai Pejuang Fisabilillah (Soldier of Allah!). Ini yang ramai tak faham.... dan pengetahuan ini banyak diselewengkan kerana apa? mereka telah terpedaya dengan helah illuminati, yang telah menyebarkan anasir-anasir komunism kepada pejuang fisabilillah melalui Mao Ze Dong dan Karl Marx dan kemudian diadaptasi di Malaysia kononnya untuk menaikkan ekonomi. Mana yang tiada pegangan teguh dalam perjuangan dengan mudahlah dipesongkan dengan ajaran mereka iaitu; di dalam dunia ini mereka (komunis) perlu menguasai 3 perkara, iaitu MODAL, KUASA dan NAMA! Jadi lupalah mereka kepada Alif Ba & Ta = Persediaan kebangkitan Islam dari timur! Rata-rata orang kita pulak yang tersilap langkah terjerumus ke dalam kongsi gelap secara tak langsung menganut fahaman komunis tanpa mereka sedar. Inilah tujuan illuminati mengasaskan pelbagai kongsi gelap di dunia seperting hung hing dan tung sing. Bertatu sana-sini... naga sana harimau sini. Young and dangerous menjadi idol mereka! Jalan pulak macam Padaiyappa, kononnya dia paling kuat... itu pun bila berkawan. Bila sorang-sorang tunduk macam pijak semut pun tak mati. Semuanya terpengaruh dengan dakyah mereka untuk nampak hebat di mata umum dan semua ini untuk merosakkan bangsa paling misteri di dunia ini iaitu melayu. Kalau nampak hebat tapi tin kosong hang pa semua nak jadi apa? Apa semua ni? Perasan atau tidak kamu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menjadi boneka saja. Tiada makna pun dalam perjuangan. Ibarat lembu ditarik hidung. Bila tanya apa yang kamu tahu, apa yang kamu perjuangkan.... semuanya ternganga sebab keliru. Kejap alif ba ta, kejap naikkan ekonomi tapi semuanya hanya dibibir. Cakap tak serupa bikin!




Menurut pelbagai sumber laporan yang saya terima, termasuk pemerhatian saya sendiri. Puak-puak ini tiada faedah selain untuk mendapatkan duit! Buat macam-macam kerja menyalahi undang-undang, menganiaya orang lain termasuk orang sendiri hanya untuk duit! Dah tak de kerja lain ke nak buat? Ini ke yang kamu perjuangkan?! Sudahlah... bangun dari mimpi yang mengarut ni! Kembalilah ke jalan yang lurus. Kerana ada puak-puak macam ini, yang jahil macam ini yang telah memberi kesan secara tidak langsung kepada pejuang-pejuang fisabilillah yang lain. Orang lain buat hal, orang lain dapat nama! Manusia zaman sekarang, kebanyakkan percaya bulat-bulat apa yang mereka lihat.... jika kamu buat hal dengan menyalahguna tiket pejuang fisabilillah, seperti gejala yang menyalahi norma masyarakat, mereka akan kecam SEMUA pejuang kita walaupun mereka ini tak tahu apa-apa kerana apa? Bagi mereka... nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan satu puak, yang lain pun kena. Sama juga dengan Islam, adakah tindakan pengebom berani mati menggambarkan keseluruhan Islam? Tentu tidak... tapi di barat mereka percaya begitu, kerana itu yang mereka lihat di media. Jadi jagalah nama baik badan fisabilillah. Kita hidup ni tak lama atas dunia ini, kita datang dari Allah, akan kembali juga kepada Allah! Hidup ini perlu ada perjuangan yang mempunyai matlamat jelas!! bukan matlamat yang hanya disebut dibibir dan menjadi ikut-ikutan saja.

Saya ingin menyeru kepada semua terutama kepada pejuang fisabilillah, keistimewaan yang ada ini janganlah disalahgunakan, jangan hanya tahu... tapi mengajilah biar sampai pandai, supaya bolehlah kita membantu antara satu sama lain. Bila dah pandai barulah kamu dapat beza yang mana berlian yang mana kaca.

Wallahualam...

Armageddon!

Sejak berabad-abad lamanya,di dalam kitab-kitab tua,ramalan-ramalan,mitos-mitos purba dan cerita dari mulut ke mulut,terungkap tentang kisah peperangan maha dasyat yang tidak diketahui bila akan terjadi.Peperangan akhir ini digelar dalam pelbagai nama mengikut bangsa atau sempadan geografi seperti 'ENDGAME','STAR WARS','APOCALYPSE','THE GREAT TRIBULATION dan sebagainya.Nama lain yang juga amat popular digunakan untuk mengungkapkan peperangan besar dan universal ini adalah ARMAGEDDON.

Di seluruh dunia,terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam,Yahudi,Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti.Kebanyakan ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani-disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil.Peperangan inilah yang disebut sebagai Armageddon.Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang.Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini.Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini.Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah merekalah (kaum Kristian) akan memenangi peperangan Armageddon yang dasyat ini.Perkataan 'Armageddon' juga dapat dijumpai dalam 'Wahyu'(Revelation) 16:16,

"Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon




Soalnya sekarang,apakah Armageddon itu?Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?

Perang Armageddon ialah:
-Perang besar dan perang penghancuran
-Perang universal yang berstrategi
-Perang yang dirancang dan dinantikan
-Perang yang amat dekat kemunculannya
-Perang antarabangsa
-Perang yang amat dasyat dalam sejarah
-Ia adalah awal dari kemusnahan
-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata "perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah sebaliknya.

Perkataan 'Armageddon' berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata,iaitu:

1. 'Ar' yang bererti gunung atau bukit
2.'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari 'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.

Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini.Mereka menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka.Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.

Bagaimana pula di pihak umat Islam?Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?
Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon,terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja.Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon.Yang lain terus berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air mani yang hina.

Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini.Sabda Rasullullah s.a.w:

"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!",maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi’. Maka kaum Muslimin berkata, ‘Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.”
(HR. Muslim dari Abu Hurairah)

Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'.Sebelum terjadi peperangan ini,terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini ini.Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.

Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini.Buat permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis Nabi,pembaca bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama.Kedua buku ini juga bolehlah dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan Imam Mahadi dan sebagainya.Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.


Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama mereka.Mereka mengharamkan arak,babi,zina,rokok dan lain-lain di mana semua benda yang memudaratkan mereka sebarkan ke dunia.Hatta Coca-cola sendiri mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan pembersih takung tandas!Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang lembut ini?Mengapa mereka bertindak sebaliknya?Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan mereka sebagai bangsa pilihan tuhan (kononnya).Nampaknya sunnah nabi diamal oleh Yahudi dan mereka berjaya.Orang Islam tinggalkan sunnah malah menolak hadis nabi maka gagal dan kecewa.Orang-orang Islam dungu ini tidak mahu belajar mengenal peribadi Rasullullah malah secara membuta tuli menghinanya pula.Sesungguhnya di dalam sunnah itu ada kejayaan.Ada orang mengejek-ngejek dan memprovok orang yang memakai serban dan makan di dalam dulang.Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi Rasullullah kemudiannya menghina amalan hidup baginda.Padahal orang-orang Yahudi dan Kristian secara senyap berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling berpengaruh di dalam sejarah kemanusian itu. Mereka tidak tahu rasional dari semua itu.Jika anda mengikuti Jemaah Tabligh (ambil positif tentang kesungguhan mereka melaksanakan sunnah dalam kehidupan,kesampingkan kelemahan-kelmahan mereka yang lain) anda mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah hidangan yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana buah-buahan adalah sebagai pencuci mulut,diambil selepas makan.Tetapi di dalam kajian sains pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan adalah amalan kurang sihat.Petikan dari hasil kajian mereka:

"Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buahan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul.ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG".(Anthony Robbins, Unlimited Power)

Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup hippies dan tidak betul dipopularkan 'The Hidden Hand' ke atas orang-orang Eropah,China dan sebagainya hatta Islam sendiri yang dungu dan menjadi pak turut kepada kehidupan yang pada mereka moden,bergaya,status,'high class' dan 'cool'.Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang lengkap langsung meninggalkannya lantas bersama-sama menyertai 'goyyim' (bangsa hamba atau haiwan ternakan mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir tahap rendah Barat ini.PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI,orang-orang Yahudi dan Nasrani mula mengkaji sunnah Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka inilah yang mengamalkan rahsia amalan para nabi.Ini adalah kelompok elit yang meninggalkan cara hidup Barat semasa.Mereka terdiri dari golongan genius yang suka berfikir.Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang sudah 'expired' kepada orang Islam antihadis yang dungu ini.Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari cara pemakanan dan kebersihan diri.MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas,gila,syaitan,gila seks dan sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak mengkaji siapakah manusia teragung ini yang menduduki ranking pertama Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika Micheal H. Hart.Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi bagi kerja-kerja mengelirukan manusia lain terutamanya umat Islam tentang kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah kenabian dari yang sebelumnya.Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan sunnah nabi tetapi di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya.Nampaknya topik Armageddon sudah hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-hadis nabi malah mencemuhnya pula.

Amat malang golongan ini.Sama ada mereka menjadi hamba Dajal,di'mindcontrol' atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan sekelumit pujian dan sanjungan.Mereka menjual agama dengan harga yang murah berserta maruah,keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.

Wallahualam....

Sabtu, 20 Mac 2010

keluasan neraka

Keluasan Neraka Feb 1, '10 10:29 PM
for everyone

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata Jibrail datang Kepada Nabi saw ada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya". Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam? ". Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan". Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, sesetengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda". Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"


Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s.serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir".


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak Kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat". Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu". Kemudian Nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. Dari Hadith Qudsi "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu "


Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami Turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk (Al-Baqarah : 159).
Na'uzubillah !
Tags: neraka
5 comments share



Rendah Diri Feb 1, '10 9:58 PM
for everyone

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni surga; mereka kekal di dalamnya (Huud : 23)
Janganlah sekali-kali kamu menunjukkan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (orang-orang kafir itu), dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman (Al-Hijr : 88)
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri (Al-An'nam : 42)
Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri (An-Naml : 87)
Tags: al-quran

Selasa, 16 Mac 2010

kedatangan nabi isa

Kedatangan Nabi Isa

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”
Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.” Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”
Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.
Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam, Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu). “Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.
“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. “Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.
“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”
Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.
“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.
“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”
Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”
Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w: “Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”
“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”
Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru. Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.”
Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”
Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.”
Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A'lam.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.
Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.

sejarah kedatangan islam ke tanah melayu

Sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas, Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92).Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.PENGHAYATAN ISLAM BERTERUSAN DI ZAMAN PENJAJAHANProses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik tergugat dengan kedatangan penjajah British, tetapi tidak banyak terjejas di zaman Portugis dan Belanda. Di zaman penjajahan British peranan Undang-undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya & golongan yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk orang-orang Islam dan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan kekeluargaan. Sesungguhnya begitu, kita dapati dalam bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan dan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat mih diberi ruang untuk dihayati dan tidak diganggu-gugat. Justeru itulah kita dapati perkembangan Islam dan penghayatannya masih dapat dipertahankan (JAKIM).

PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KEMERDEKAANKemerdekaan Malaysia yang dicapai

pada 31 Ogos 1957 adalah usaha daripada UMNO, yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. UMNO cuba menunjukkan kekuatannya kepada pihak berkuasa British dengan menggabungkan parti China (MCA) dan parti India (MIC) dalam gagasan “Perikatan”, dengan mengekalkan identiti parti masing-masing dalam perkara-perkara tertentu (JAKIM).Berasaskan perikatan ini didapati pensyarikatan kuasa politik berlaku antara etnik China, India dan Melayu, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih merupakan kuasa politik dominan dalam pemerintahan. Sejak daripada tahun 1957 sehingga kini kedominan parti UMNO dapat dipertahankan dalam menguasai pemerintahan negara. Sungguhpun UMNO sebuah parti sekular, pendukung-pendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yang masih sensitif kepada Islam kerana adanya sensitif ini didapati kedudukan Islam dan orang Melayu Islam ada keistimewaan-keistimewaan tertentu dan begitu juga intitusi-intitusi Islam di peringkat negeri dan pusat masih diberi kedudukannya yang tersendiri (JAKIM).Sejak daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada pembangunan masyarakat Islam terus berlaku dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial cuma yang agak tersekat dalam proses Islamisasi ialah bidang undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuat perubahan secara menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan, Undang-undang Federal dan Pusat. Undang-undang yang agak ketara percanggahannya adalah di bidang jenayah hudud, adapun di bidang jenayah membunuh & mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak beza dengan Islam, demikian juga dalam hukum ta’zirkesalahan-kesalahan maksiat. Selain daripada itu dalam muamalat hanya unsur riba yang ketara bercanggah dengan Islam, tetapi dalam bahagian yang lain tidak banyak percanggahannya. Dalam bidang kekeluargaan didapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan, kecuali negeri yang masih berpegang, kepada adat perpatih (JAKIM).Dalam proses meneruskan Islamisasi di bidang undang-undang didapati peruntukan-peruntukan khas diwujudkan untuk kepentingan Islam dan masyarakat Islam seperti Akta Bank Islam, Akta Takaful, Falsafah Pendidikan Negara, Akta Universiti Antarabangsa, Akta Koperasi dan sebagainya. Melihat kepada perkembangan ini ternyata proses Islamisasi berterusan berjalan dengan adanya ruang peruntukan dalam Undang-undang Negeri & Persekutuan, Cuma yang perlu diusahakan ialah bahagian-bahagian tertentu dalam Undang-undang Federal, Perlembagaan dan undang-undang Negeri yang menghalang perlaksanaan Islam yang menyeluruh perlu dipinda (JAKIM).SISTEM DEMOKRASI & PENGHAYATAN ISLAMSelepas merdeka kita didedahkan dengan sistem demokrasi berparlimen, yang ditaja oleh penjajah British sebelum Malaysia diberi kemerdekaan. Untuk melaksanakan sistem demokrasi dalam pemerintahan maka parti politik ditubuhkan. Dalam sistem berparti ini terdapat peruntukan untuk parti pemerintah & parti pembakang. Dilihat dari sudut Islam sistem demokrasi ini dapat diterima dari satu sudut iaitu memberi suara kepada rakyat memilih pemimpin mereka secara bebas dan terbuka tetapi yang tidak cocok dengan Islam ialah ia membelah umat berterusan kepada dua kelompok, kelompok pemerintah dan kelompok pembangkang yang menentang pemerintah dalam ruang terbatas. Sedangkan dalam Islam mengajak kepada kesatuan umat dan mendekatkan jurang pemisahan di antara kelompok, bukan meluaskan jurang (JAKIM).Walau bagaimanapun kenyataan ini wujud di hadapan kita dan kita terpaksa menerima sistem ini dengan dibuat perhitungan bahawa sistem ini bukan suatu kebenaran mutlak dan ia adalah tajaan penjajah yang masih meneruskan polisinya “divide & rule”. Kalau diambil asas yang masakini iaitu kuasa politik Melayu Muslim masih ada sebagai titik tolak untuk menyatukan Kelompok Islam, dengan mengambil kira Islam sebagai asas dalam penyelesaian kuasa politik dan cuba menjauhkan titik-titik perbezaan serta mencari titik-titik persamaan yang membina, maka dirasakan ini lebih bermanfaat untuk kekuatan masa depan politik orang Islam. Kalau tidak kita berterusan menjadi alat idea penjajah “divide & rule” yang kita sendiri memecahkan kelompok kita dengan tangan kita sendiri. Oleh itu bagi memudahkan proses penyatuan umat di masa depan kita perlu menerima sebagai suatu kenyataan bahawa negara ini ialah sebuah negara Islam. Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negara Islam bukan bermakna ianya telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian daripada kita, sama juga seorang Muslim yang diakui sebagai Muslim selepas mengucap dua kalimah syahadah bukan bermakna Muslimnya sudah sempurna, kesempurnaan Islamnya bergantung kepada proses peningkatan ilmu & penghayatan Islam pada dirinya (JAKIM).